DIY Stationery Holder







Hai semua, 1 lagi DIY untuk anda. Barang yang diperlukan seperti:

Botol plastik
Kain
Gam Panas
Gunting.

Potong botol plastik, dan lekatkan kain sekeliling botol tu, jgn lupa tapak jugak. Untuk bahagian atas, lebihkan dan lipat je keluar dan bualah bentuk kolar baju wanita. Siap potong kain yang sama untuk buat butang dan kerongsang lg kat kolar baju tu. Bergantung pada kreativiti anda ye.

Selamat mencuba.

DIY Office








Nak kemaskan workspace kita senang je..Gunakan kotak yang sesuai, aku guna kotak coco crunch. Gunting, balut dengan kertas drawing yang dah x guna..kat pejabat aku banyak kertas drawing para engineer kat kotak recycle paper. So, dapatlah corak drawing kat kotak aku ni..



Nampak tak betapa sepahnye kat belakang tu..so kertas note kecik2 aku dah letak dalam kotak ni..Nak sepah pun dalam kotak ni je..

Pasu Botol




Aku ada buat bunga tapi tak dek pasu dan tak tau nak cucuk kat mane..So, ada botol sos yang dah habis, aku basuh dan jadikan pasu tuk bunga rose yang aku baru pandai buat tu..


Alang-alang memang ada quilling paper yang aku beli kat DIY tapi tak reti pun nak buat ape..Just beli je..Aku buat paper ni jadi curl and masukkan dalam botol, ikat dengan reben..Konon cantiklah ada reben..Yang penting jadi..Oleh kerana aku letak dekat penjuru botol tu, aku letak STABILO TACK-IT bawah botol tu dan lekatkan. Jadi taklah jatuh..Selamat mencuba.

Snowy Curtain



Langsir bilik aku hijau pastel mcm tu, plain and boring pulak lame-lame tengok. So aku nak hias dengan simplenya..


Korang perlukan :

Kapas
Ribbon putih
Gam uhu
Gunting

Ribbon pink tu konon nak guna tapi mase nak decorate x cantik pun. tak kene dengan warna langsir..Jadi aku guna ribbon putih je..





Tempat Stationery



                       
Aku jalan kat DIY terjumpa colour stick ni, hanya RM2.30 je..susun ikut suka bentuk yang korang mahukan..Taaadaa dapat tempat letak alat tulis yang murah dan colorfull lg..
Banyak lg bentuk yang korang boleh buat seperti di bawah..



Baju Jean to be Bag




Aku bosan dgn baju jean aku, dah x pakai pun..So aku tukar menjadi beg..Cara jahit menggunakan imaginasi..buatlah macammane pun asalkan last sekali jd beg macm kat atas ni..Oleh kerana aku buat pakai hentam,aku just share cara biasa secara tak detail ye..Kerja kalini aslkan jadi je..Teruk gak planning..Biarlah gambar  di bawah berbicara..







Jahit tapak beg 

alas bahagian dalam (aku guna tudung bawal crepe yang dah x pakai)
Lepas tu korang jahitlah beg dan alas dalam tu sampai jadi beg. Jgn lupa jahit tali sekali dengan lebihan baju jean anda.aku guna bahagian lengan buat tali..aku tak jahit zip lagi  sbb zip tak beli lagi, aku dah tak sabar nak bawak keluar tunjuk kat tunang aku..

nampak macam elok je kan, sekali tgk jahitan fail!, memang aku x boleh jahit dengan cantik jean ni..
ni sblm letak zip, aku letak butang katup je.